Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara
Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan
Negara (pindaan 1979). Pelancarannya
secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein,
Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21
Februari 1972.
Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi
tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai
matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua
agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair,
majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela
serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat
mencapai prestasi yang terbaik.
Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan
seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat
dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah
selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah
penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di
peringkat tertinggi.

No comments:
Post a Comment