KITA SEMUA JUARA

KITA SEMUA JUARA
Entah kita gagal atau berjaya tidak menjadi masalah; yang penting adalah cara kita menghadapinya.

Thursday, 20 July 2017

FAKTOR KEMEROSOTAN MUTU SUKAN NEGARA



Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan sangat penting kepada negara. Namun kini, mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik terutama dalam sukan bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.

Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah para pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara.

Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.

Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik.

Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula.

Konklusinya, semua faktor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan Majulah Sukan Untuk Negara perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini terus berkembang dengan baik.


03det15f1096 muhamad farid

03det15f1065 hamizan hanafi

03det15f1084 syamin saruddin

03det15f1086 muhamad azri syawan

Tuesday, 18 July 2017

Sukan SEA: Senarai pemenang pingat emas Malaysia

TERJUN

OOI TZE LIANG - 10m platform Lelaki, 3m Papan Anjal Lelaki
OOI TZE LIANG, CHEW YIWEI - 10m Platform Seirama Lelaki
OOI TZE LIANG, AHMAD AMSYAR AZMAN - 3m Papan Anjal Seirama Lelaki
PANDELELA RINONG PAMG - 10m Platform Wanita
LEONG MUN YEE, TRAISY VIVIEN TUKIET - 10m Platform Seirama Wanita
CHEONG JUN HOONG - 3m Papan Anjal Wanita
NG YAN YEE, NUR DHABITAH SABRI - 3m Papan Anjal Seirama Wanita


RENANG

WONG FU KANG - 100m Kuak Dada Lelaki 
WELSON SIM - 400m Gaya Bebas Lelaki
PHEE JINQ EN - 100m Kuak Dada Wanita


RENANG SEIRAMA

KATRINA ANN ABDUL HADI, LEE YHING HUEY - Teknikal Duet dan Rutin Bebas


MEMANAH

LEE KIN LIP, MOHD JUWAIDI MAZUKI, ZULFADHLI RUSLAN - Compound Berpasukan Lelaki
MOHAMAD KHAIRUL ANUAR, HAZIQ KAMARUDDIN, MUHAMMAD IKRAN  JONI - Recurve Berpasukan Lelaki
FATIN NURFATEHAH MAT SALLEH - Compound Individu Wanita 
FATIN NURFATEHAH MAT SALLEH, NOR RIZAH ISHAK, SARITHA  CHAM NONG - Compound Berpasukan Wanita
FATIN NURFATEHAH MAT SALLEH, MOHD JUWAIDI MAZUKI - Compound Berpasukan Campuran 


OLAHRAGA

MUHAMMAD IRFAN SHAMSUDDIN - Lempar Cakera Lelaki
NAURAJ SINGH RANDHAWA - Lompat Tinggi Lelaki 
MUHAMMAD HAKIMI ISMAIL - Lompat Kijang Lelaki


BADMINTON
CHONG WEI FENG - Perseorangan LelakiAMELIA ALICIA ANSCELLY, SOONG FEI CHO - Beregu Wanita 


BOLA KERANJANG

Pasukan Wanita 


BILIARD DAN SNUKER

THOR CHUAN LEONG - Snuker Perseorangan Lelaki
THOR CHUAN LEONG, MOH KEEN HOO - Snuker Beregu Lelaki


BOLING

MUHAMMAD RAFIQ ISMAIL - Individu Lelaki
MUHAMMAD RAFIQ ISMAIL, AHMAD MUAZ FISHOL, TIMMY TAN - Trio Lelaki
ESTHER CHEAH, SIN LI JANE - Berpasangan Wanita
Pasukan Lelaki
Pasukan Wanita


BERBASIKAL

MOHD HARRIF SALEH - Kriterium Lelaki, Perlumbaan Lepas Beramai-ramai Lelaki


EKUESTRIAN

R. SHARMINI - Individu Jumping 


GIMNASTIK - ARTISTIK

FARAH ANN ABDUL HADI - Senaman Lantai Wanita 
TANG ING YUEH - Palang Bertingkat Wanita 
Pasukan Wanita


GIMNASTIK - BERIRAMA

KOI SIE YAN - Keseluruhan Individu
N. SHASANGARI - Keseluruhan Individu


HOKI

Pasukan Lelaki
Pasukan Wanita


PENCAK SILAT

MUHAMMAD FAIZUL M. NASIR - Tanding Kelas B Putra (50-55kg)
MOHD AL JUFFERI JAMARI - Tanding Kelas E Putra (65-70kg)
SITI RAHMAH MOHAMED NASIR - Tanding Kelas D Putri (60-65kg)


PETANQUE

MUHD HAFIZUDDIN MAT DAUD - Individu Lelaki


KAPAL LAYAR

MUHAMMAD FAUZI KAMAN SHAH - Optimist Lelaki (B16)
AHMAD LATIF KHAN ALI SABRI, MUHAMMAD FARHAN HAMID, KHAIRULNIZAM MOHD AFENDY - Racing Laser Standard Berpasukan Lelaki
MUHAMMAD UZAIR AMIN MOHD YUSOF, NAQUIB EIMAN SHAHRIN - Remaja Lelaki 420 (B19)
NORASHIKIN MOHAMAD SAYED, NURAISYAH JAMIL - 470 Wanita Racing Laser Radial 
Berpasukan Wanita
Laser Radial Remaja Wanita (B19)
Racing Optimist Berpasukan (B16)


SEPAK TAKRAW

Regu Lelaki


MENEMBAK

ALIA SAZANA AZAHARI - 25m Pistol Wanita
NUR AYUNI FARHANA ABDUL HALIM - 50m Rifle 3 Posisi Wanita


SKUASY

SANJAY SINGH CHAL - Perseorangan Lelaki
RACHEL ARNOLD - Perseorangan Wanita 
Pasukan Wanita
Pasukan Lelaki


SKI AIR

AALIYAH HANIFAH YOONG - Keseluruhan Wanita, Tricks Wanita


WUSHU

LOH JACK CHANG - Taujuquan Pilihan Lelaki
Acara Duel Tanpa Senjata Wanita







03det15f1096 muhamad farid

03det15f1065 hamizan hanafi

03det15f1084 syamin saruddin

03det15f1086 muhamad azri syawan



SEJARAH MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.




03det15f1096 muhamad farid

03det15f1065 hamizan hanafi

03det15f1084 syamin saruddin

03det15f1086 muhamad azri syawan

About Myself

Good morning all, welcome to my blog! Allow me to introduce myself in. My name is Muhamad Farid. I was born in Felda Chemomoi Pahang on 08 August. I now live in Jitra Kedah city. Right now I stayed at RKAT house.

Now allow me to introduce myself further. I like things that smell of adventurous, and small things like reading, watching, and spent my free time by doing nothing. Okay now about me and my family, I am one of the two sisters, I have a little sister, and she is in high school. My father is a fisherman named Muhammad. While my mother is a plain housewife.I love my family more than anything. Well that’s my introduction this time. Pleased to meet you.

And this is my group member:

03det15f1096 muhamad farid

03det15f1065 hamizan hanafi

03det15f1084 syamin saruddin

03det15f1086 muhamad azri syawan